Untuk menjadi manusia yang hebat perlu 3 perkara :
1. Ada vision yang jelas. Visi hidup yang jelas mestilah disusun dengan rangka kerja (frame work) dan pelan tindakan yang tersusun. (action plan). Barulah impian tersebut menjadi kenyataan.
2. Konsisten. Visi tidak akan tercapai kalau tidak konsisten. Dalam bahasa tarbawi kena ada jiddiyah dan istimrariyah. Konsisten merupakan rahsia untuk menggapai kejayaan.
3. Fokus pada matlamat yang ditetapkan. Apabila kita focus pada matlamat yang ditetapkan, insya allah kita akan memperolehi hasilnya. Mereka yang tidak focus tidak akan dapat mencapai apa yang diimpikan.
Dalam berkongsi pengalaman dakwah bersama para du’at muda ini, saya menceritakan sejarah saya memperolehi hidayah, pengalaman melaksanakan dakwah, pengalaman belajar di Jordan sehinggalah saya pulang ke Malaysia. Saya nyatakan kepada mereka beberapa nasihat untuk dikongsi sebagai bekalan dalam amal dakwah dan tarbiyah .
Pertama : Berguru dengan syeikh @ murabbi. Syeikh Jum’ah Amin dalam bukunya [Addakwah Qawaid wa Usul] menyebut satu kaedah iaitu ‘tilmiz imam la tilmiz kitab’ [ pelajar kepada imam bukan pada buku]. Bermaksud setiap kita kena timba tarbiyah dari syeikh. Gali dan carilah pengalaman berharga dari para murobbi kita, damping dan dekati para syeikh ini. Ini kerana mereka sumber dakwah dan tarbiyah yang berharga dalam berkongsi pengalaman samada dari aspek memahami sejarah dakwah, pengalaman dakwah dan pedoman dan panduan buat generasi muda.
Kedua : Kuasai manhaj dan aplikasi dalam konteks amal. Bakal-bakal asatizah perlu mengusai manhaj dakwah dan tarbiyah kemudian mengplikasikannya dalam amal masyarakat. Saya menyebut pengalaman gerakan dakwah di Jordan yang berjaya menonjolkan fikrah ‘al-Islam huwa al-Hal’ [ Islam sebagai jalan penyelesaian] bukan sekadar teori tetapi dalam bentuk institusi dan masruk (projek).
Ketiga : Daie ialah Sunna’ul al-hayat [pencipta kehidupan]. Daie adalah mereka yang mencipta sejarah dakwah sebagaimana para nabi dan rasul-rasul terdahulu. Setiap dari kita hendaklah mencipta sejarah dakwah, sejarah tajmik, melaksanakan DF, mengkaderisasi generasi. Semuanya itu adalah pengalaman berharga untuk menjadi seorang daie yang hebat.
Sesi ketiga adalah nasihat dan harapan saya pada mereka. Saya garapkan harapan saya dalam konteks perjuangan dakwah di Malaysia dan bagaimana mereka boleh berperanan lebih dari apa yang ada pada hari ini.
Pertama : Menjadi ulama yang memimpin masyarakat. Untuk menjadi ulama yang berwibawa dan dihormati, mereka perlu menguasai ilmu-ilmu teras @ pokok (al-fiqh al-usuli ), kemudian menguasai fiqh al-muasir (fiqh semasa) dan fiqh masa depan (fiqh mustaqbali).
Kedua : Merancang agenda menjadi ulama berwibawa. Saya nasihatkan agar mereka menyusun agenda untuk melahirkan diri mereka menjadi pakar rujuk umat. Mereka perlu ada metodologi tertentu dan berfikir secara manhaji. (al-fikri al-manhaji). Kegagalan dalam menetapkan agenda akan membantutkan usaha melahirkan ilmuwan Islam ternama yang menjadi tempat rujukan umat. Saya cadangkan mereka mengkaji biografi Syeikh Yusuf al-Qardawi sebagai sample membina tokoh ulama berwibawa.
Ketiga : Berusaha memperolehi PHD [ Pakar Harakah dan Dakwah ]. Ini kerana bumi Mesir merupakan bumi dakwah. IM merupakan Harakah Islamiah Kubra [gerakan Islam terbesar] yang menjadi rujukan semua gerakan islam dunia. Saya nasihat mereka menimba sebanyak mungkin fiqh dakwah , fiqh harakah dan fiqh tarbiyah dari para duat sana.
Keempat : Melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu softskills seperti public speaking, komunikasi, kemahiran perundingan dan networking, penulisan dan ilmu-ilmu kepemimpinan. Saya tekankan bahawa para ilmuan terdahulu , mereka meninggal dunia tetapi dibelakang mereka lautan khazanah ilmu dan timbunan kitab yang berharga. Untuk menjadi ulama yang berwibawa, mereka perlu belajar menulis buku dan meninggalkan kesan pada umat. Al-Bana walaupun tidak sempat mengarang buku, namun koleksi ungkapannya dibukukan atas nama ‘Majmu’ah Rasail’. Setiap kita kena berusaha menulis buku.
Kelima : Berusaha menguasai pelbagai disiplin ilmu yang tidak terhad kepada disiplin ilmu syarak walau ke tahap Phd. Untuk menjadi pakar rujuk umat, mereka perlu membaca pelbagai cabang ilmu yang berbagai-bagai yang akan membantu dalam proses fatwa atau ijtihad. Mereka perlu membaca dan mengkaji ilmu sosiologi, antropologi, sains politik, sejarah, undang-undang, falsafah dan lain-lain lagi.
Keenam : Menguasai bahasa terutama Bahasa Arab kerana ia merupakan kunci memahami disiplin ulum syarak. Termasuk juga mampu memahami atau bertutur dalam Bahasa Inggeris. Ini kerana ia merupakan keperluan untuk berdailog dengan pelbagai sasaran dakwah yang bersifat majmuk. Dalam konteks Malaysia, mungkin setiap ulama perlu memiliki 3 kemahiran bahasa iaitu Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Bahasa Kaum [ Mandarin @ kantonis @ Tamil] dan sebagainya.
UST AZIZEE HASAN