Wednesday, February 27, 2013

1. Isu sejarah ISMA IKRAM, isunya bukan pada teknikal organisasi, tapi pada asas pemikiran yang membawa kepada perbezaan tasawwur dan gerakerja masing-masing.

2. Tak perlu menganggap perpisahan ini sebagai bentuk perpecahan, bahkan ia satu bentuk kematangan dalam menguruskan perbezaan. Orang yang berkahwin pun boleh bercerai namun mereka tetap menghormati sesama mereka. 

Berkahwin hukum asalnya tak sampai wajib, bercerai pun hukum asalnya tidak sampai haram. 

Yang haram apabila kita menzalimi pihak lain dalam bentuk celaan, pancung, potong, mengumpat, menfitnah, menuduh dan mencaci pihak lain, walaupun dalam keadaan kita sebumbung atau sudah puluhan tahun berkahwin.

3. Menyatukan umat Islam di bawah SATU JEMAAH tidak diwajibkan buat masa ini kerana dharurat masakini memerlukan umat ini dibina dari awal, namun isu-isu akhlak diwajibkan setiap masa kerana akhlak adalah terjemahan iman dan akidah.

Adapun isu-isu kesatuan di BAWAH SATU PAYUNG adalah isu masa, kefahaman, kematangan, dan kesediaan. Umat perlu disedarkan dan difahamkan bahawa Islam menyuruh kesatuan pada prinsip dan dasar DAHULU kemudian baru mampu menyatukan gerakerja secara kolektif.

4. Saya melihat, apabila umat ini dibangunkan atas prinsip Islam yang sejati, akhlak yang murni, penggabungan atau penyatuan umat Islam akan berlaku dengan sendirinya tanpa perlu pendakwaan atau pemancungan siapa-siapa untuk menjadi ketua.

Ia akan datang dengan qudwah secara berjemaah untuk memimpin amal Islami di Malaysia. Bukan dengan memotong atau menuduh pihak-pihak lain semata-mata untuk menaikkan diri sendiri kerana rasa terancam.

5. Pendek kata, setiap ahli dalam setiap organisasi Islam perlu tingkatkan diri, bina organisasi dengan baik dan kukuh, tampilkan imej yang berprinsip dan dihormati serta bersainglah dengan panduan syarak dalam menjadi pimpinan pilihan masyarakat yang sedar dan mempunyai risalah untuk diperjuangkan.

6. Adapun isu-isu memburuk-burukkan peribadi dan membunuh karakter tertentu, ia hanyalah permainan budak-budak yang menggunakan sifir jahiliyyah untuk tegakkan kalimah Allah.

7. Ketahuilah, kalau salah jalan takkan sampai destinasi.


 Sekarang ini umat tak mampu bersatu, buat apa bicara mengenai taadud jemaah dan wihdah jemaah kerana 

peribadi umat tidak mampu memikirkan perkara ini. 



Isu sebenar adalah pembinaan umat ini perlu dipandang secara serius, mizan yang betul perlu ditanam. Bukan 

sibuk-sibuk satukan jemaah walaupun kefahaman ahli caca merba, dan kefahaman umat ini sangat jauh daripada 

apa yg dicanangkan. 



Selagi jemaah Islam itu melihat mereka berperanan dalam membangunkan umat dengan kacamata Islam dan 

peribadi Islam yang unggul, maka saya menyokong kewujudan jemaah itu, walau berapa ratus ribu pun 

diwujudkan. 

Akhirnya yang menyatukan kita adalah akidah, akhlak dan qudwah. Kita ada prinsip asas yang Islam ajar untuk 


bersatu. Maka bersatulah atas dasar itu. Mengenai siapa yang memimpin kesatuan jemaah, itu nilailah dengan 

kacamata amal Islami dengan tenang tanpa sebarang emosi dan hawa nafsu. 


Wallahu A'lam

Ust Syamil Esa

Tuesday, February 26, 2013

Respon terhadap jemputan PSY ( penyanyi Gangnam Style ) ke Malaysia.

Respon terhadap jemputan PSY ( penyanyi Gangnam Style ) ke Malaysia.

Kepada sesiapa sahaja yang menjemput geng ini, tindakan ini adalah sama sekali tidak wajar dan jauh menyimpang daripada ajaran Islam.

Ini kerana : 

1. Gangnam style adalah satu kumpulan lagu yang telah banyak merosakkan dan melalaikan generasi muda di Malaysia. tindakan ini merupakan tindakan yang dilihat sangat-sangat tidak matang dan berfikiran kebudak budakan. Bahkan, budak kecil pon tahu beza nak ambil mana yang baik dan cantik daripada yang buruk. saya tidak tahu kenapa fitrah baik buruk ini telah makin hilang di sisi pepimpin masyarakat.

2. Pemuda ialah harapan negara dan bangsa masa hadapan. Jikalau laungan lagu negaraku itu jujur tersemat dalam hati, buktikanlah dengan mendidik pemuda hari ini. Didiklah pemuda dengan baik kerana anda sayangkan negara kalau anda tidak sayang kepada agama sekalipon.

3. Janganlah kita jadi seperti Amerika Syarikat yang mendidik masyarakatnya dengan hiburan yang tiada had sehingga tidak mengambil kisah tentang politik dan apa yang berlaku di dunia luar. Inilah yang dilakukan oleh Amerika Syarikat kepada masyarakatnya sehingga sekarang ini empayar mereka hampir kepada kejatuhan. jangan keterdesakan kita nak menang pilihanraya sampai merosakkan pemuda sendiri. Dan jangan disebabkan keterdesakan kita berfikiran seperti budak kecil yang tidak tahu membezakan sesuatu perkara sama ada permainan atau bukan. lalu, kita bermain dengan api yang membakar diri sendiri.

4. Tindakan seperti ini adalah dikira sebagai pembaziran dalam Islam. Dan pembaziran dalam Islam hukumnya adalah haram. Bertambahan lagi, apabila ada walaupon seorang miskin dalam negara, maka perngharaman dan dosa yang dilakukan makin besar dan bertambah. Apatah lagi dengan beribu-ribu orang miskin dan ramai lagi mereka yang memerlukan dalam Malaysia.

5. Falsafah matlamat menghalalkan cara yang sentiasa digunakan dalam politik hari ini adalah sesuatu yang bercanggah dengan Islam sama sekali. Perbuatan seperti ini adalah suatu tindakan yang dilihat ada kepentingan politik, lalu menghalakan cara yang salah di sisi Islam dan salah dari segi pemikiran orang normal seperti pembaziran dan menjemput orang yang rosak untuk merosakkan lagi pemuda yang sedia rosak.

Saya sarankan untuk sesiapa sahaja yang membuat jemputan ini membatalkan niat ini dengan segera. Juga, kepada semua pemuda ayuh kita menolak jemputan ini dengan apa jua cara dan juga tidak menghadiri program ini sama sekali.

Wallahua'lam..


Ustaz Ikram Abu Hassan

Wednesday, February 20, 2013

Semoga terus tsabat, sahabat!

Malam 19 februari yang hening itu menyaksikan perpisahan kami dan seorang sahabat yang sekian lama bersama menempuh jalan menuju ke mesir. Sama-sama ambil Stam, imtihan qabul, markaz lughah...dan akhirnya semasa di thn 1 syariah, beliau telah mengambil keputusan pulang ke Malaysia demi menceburi bidang yang diminati.

Keputusan itu menyebabkan saya dan rakan2 lain sedikit terkejut dan akhirnya kami menghormati keputusan beliau.

Macam2 kenangan yang telah terukir antara kami berdua walaupun sebelum ni kami tak lah rapat sangat. Harithah seorang yang sangat menggenggam kemas setiap detik2 kenangan indah mahupun pahit yg dilaluinya ( setakat pengamatan saya terhadap beliau) hinggakan dia boleh sebut detik2 tersebut walau pun kami sudah pun terlupa.

Masakannya yg memang 'ummhh' dan suka main badminton memang menjadi tarikan dirinya bagi siapa sahaja yang mengenali dirinya.

Memori antara kami lebih banyak tersemat di mesir semasa kami sama sama menuntut di markaz lughah al-azhar
. Kitorang mmg kosong, x sibuk.. Jadi byk benda da kami buat.

Satu perkara yg sangat saya kagumi terhadap perubahan dirinya ialah kemampuan beliau dlm menolak dirinya melakukan dakwah fardiyah. Nawfal, amiruddin, ira, naim saiden, zulfariq, dan saya adalah team yg banyak memberi sokongan kepada beliau. Daripada kosong hinggalah memiki 2 orang mad'u. Sekali sekala pergi ke abud bersama2, qanatir( main kuda) sama2 dan macam2 lagi.

Keputusannya kali ini memaparkan kematangannya dalam membuat keputusan dan seharusnya ia dihormati.
Diharap beliau menjadi permata umat yang apabila dicampak le hutan menjadi kampung, apabila dicampak ke laut menjadi pulau setibanya kaki beliau di Malaysia nanti. InsyaAllah.

Detik2 terakhir bersama beliau di mesir sempat kutanamkan ketika pillow talk, ziarah rumah, main badminton di nadi syabab, beli seluar di sarag mall dan minum asir( jus buah) di bawabah 2 dan juga costa coffee.

Ana mendoakan kebaikan utk nta di dunia dan di akhirat, harithah. Semoga kita ketemu lg sebagai seorang tokoh yg mengesani masyarakat bukan hanya dengan masakan shj tetapi dengan peribadi dan kalam2 seorang daie. Amin.

Wallahu a'lam.