Sunday, August 3, 2014

Sentuhan ilahi

Mereka yang mengikuti jalan tarbiyah ini, memberikan seluruh komitmen dan masa serta tenaga untuk menjayakan misi tarbiyah ummat ini, mereka juga harus menyedari bahawa adanya sentuhan- sentuhan Ilahi yang yang sebenarnya lebih mentarbiah dirinya.

Seperti mana Allah menjadikan  bulan ramadhan untuk membentuk ummat islam ke arah ketaqwaan yang hakiki.

(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ) [Surat Al-Baqara : 183]

Seperti mana Allah menurunkan bala ujian terhadap hambanya untuk melihat siapakah yg lebih tinggi kesabarannya.

(أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ ۖ مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّىٰ يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَىٰ نَصْرُ اللَّهِ ۗ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ) [Surat Al-Baqara : 214]

Dan macam macam lagi contoh.

Begitu juga sentuhan-sentuhan ilahi inilah yang telah membentuk generasi para sahabat hingga menjadi genereasi yg terulung.

Maka, perhatikanlah sentuhan-sentuhan Ilahi ini yang sebenarnya sangat membentuk diri kita. Ia mengatasi segala sentuhan-sentuhan manusia yg tidak terlepas drpd dosa dan alpa.

Sentiasa berbaik sangka kpd tuhan dan menunduk sujud di atas tikar sejadah berdoa adalah kunci kekuatan umat islam.

Ditambah juga dengan sifat muslim yang mempunyai himmah yang kuat utk mencapai redha tuhannya, mengejar pengajaran2 drpd setiap peristiwa yang berlaku dan sentiasa menjadikan Allah sebagai tempat bergantung, akhirnya jadilah kita seorang hamba yang Rabbani yang terdidik hasil didikan tuhannya.

Jangan jadikan bulan ramadhan pesta beribadah semata sedangkan ia adalah bekalan dan persiapan utk kita di bulan2 berikutnya.

كن ربانيا ولا تكن رمضانيا.

Sunday, January 5, 2014

Mengingati Adnan Menderes (turki, 1899-1961)

siapa Adnan Menderes?
Dia adalah orang yang telah mengembalikan azan dari bahasa turki ke bahasa Arab...dan kemudiannya mati di tali gantung.

Memasuki p/raya mewakili parti demokratik tahun 1950. Manifestonya sangat pelik menyebabkan semua kajian Amerika di masa itu menjangkakan dia akan kalah.

Manifestonya ialah:
-mengembalikan azan ke bahasa arab
-membenarkan orang turki menunaikan haji
-membina kembali sekolah agama dan pengajian agama di sekolah2.
-membatalkan campurtangan negara dalam pemakaian perempuan turki.

Hasil p/raya sangat mengejutkan. Parti ataturk hanya memenangi 32 kerusi sedangkan parti adnan menderes memenangi 318 kerusi parlimen. Dan Adnan telah dilantik menjadi perdana menteri. Jalal Bayar di lantik menjadi president turki. Adnan terus melaksanakan apa yang dijanjikan kepada rakyat turki ketika p/raya dulu.
Ianya diiklan pada awal bulan ramadhan tahun tersebut.

Pada p/raya selepas itu (tahun 1954), parti ataturk terus menjunam dan hanya mendapat 24 kerusi. Adnan terus memenangi p/raya dan meneruskan usahanya.
- Diteruskan pengajian agama dan bahasa arab hingga peringkat menengah.
-Dibina 10 ribu masjid
-Dibuka 25 ribu sekolah tahfiz.
-Dibina 22 buah kolej melahirkan muballigh dan khatib jumaat dan guru agama.
-Dibenarkan media yang mengajak agar berpegang kepada agama.
-Mengosongkan masjid2 yang telah ditukarkan oleh ataturk untuk menjadi gudang simpanan gandum.

Turki didekatkan kepada negara2 arab
Barangan dari israel dikenakan monitoring.
Duta israel di halau pada tahun 1956.

Ketika ini....musuh2 islam mula bergerak.Kepala tentera Jamal Gursel dan kepala tentera mengadakan rampasan kuasa pada tahun 1960. Pada tahun 1961, adnan dan 2 lagi rakannya telah di hukum gantung sampai mati oleh tentera atas alasan melakukan pengkhianatan ke atas perlembagaan dan ideologi ataturk.

Apakah mereka telah membunuhnya kerana dia khianat?

TIDAK. Dia dibunuh kerana dia telah mengembalikan turki kepada Islam.....

Sunnatullah, siapa yg bawa islam pasti akan ditentang. Sebab tu rasulullah menggelarkan umat zaman rasulullah dan ummat akhir zaman sebagai Ghuraba' (asing).
بدأ الاسلام غريبا وسيكون غريبا كما بدأ
فطوبى للغرباء
Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali asing (seperti dahulu) maka syurgalah bagi mereka yang asing.

Wednesday, April 17, 2013

menjadi manusia yang hebat

Untuk menjadi manusia yang hebat perlu 3 perkara :

1. Ada vision yang jelas. Visi hidup yang jelas mestilah disusun dengan rangka kerja (frame work) dan pelan tindakan yang tersusun. (action plan). Barulah impian tersebut menjadi kenyataan.
2. Konsisten. Visi tidak akan tercapai kalau tidak konsisten. Dalam bahasa tarbawi kena ada jiddiyah dan istimrariyah. Konsisten merupakan rahsia untuk menggapai kejayaan.
3. Fokus pada matlamat yang ditetapkan. Apabila kita focus pada matlamat yang ditetapkan, insya allah kita akan memperolehi hasilnya. Mereka yang tidak focus tidak akan dapat mencapai apa yang diimpikan.

Dalam berkongsi pengalaman dakwah bersama para du’at muda ini, saya menceritakan sejarah saya memperolehi hidayah, pengalaman melaksanakan dakwah, pengalaman belajar di Jordan sehinggalah saya pulang ke Malaysia. Saya nyatakan kepada mereka beberapa nasihat untuk dikongsi sebagai bekalan dalam amal dakwah dan tarbiyah .

Pertama : Berguru dengan syeikh @ murabbi. Syeikh Jum’ah Amin dalam bukunya [Addakwah Qawaid wa Usul] menyebut satu kaedah iaitu ‘tilmiz imam la tilmiz kitab’ [ pelajar kepada imam bukan pada buku]. Bermaksud setiap kita kena timba tarbiyah dari syeikh. Gali dan carilah pengalaman berharga dari para murobbi kita, damping dan dekati para syeikh ini. Ini kerana mereka sumber dakwah dan tarbiyah yang berharga dalam berkongsi pengalaman samada dari aspek memahami sejarah dakwah, pengalaman dakwah dan pedoman dan panduan buat generasi muda.

Kedua : Kuasai manhaj dan aplikasi dalam konteks amal. Bakal-bakal asatizah perlu mengusai manhaj dakwah dan tarbiyah kemudian mengplikasikannya dalam amal masyarakat. Saya menyebut pengalaman gerakan dakwah di Jordan yang berjaya menonjolkan fikrah ‘al-Islam huwa al-Hal’ [ Islam sebagai jalan penyelesaian] bukan sekadar teori tetapi dalam bentuk institusi dan masruk (projek).

Ketiga : Daie ialah Sunna’ul al-hayat [pencipta kehidupan]. Daie adalah mereka yang mencipta sejarah dakwah sebagaimana para nabi dan rasul-rasul terdahulu. Setiap dari kita hendaklah mencipta sejarah dakwah, sejarah tajmik, melaksanakan DF, mengkaderisasi generasi. Semuanya itu adalah pengalaman berharga untuk menjadi seorang daie yang hebat.


Sesi ketiga adalah nasihat dan harapan saya pada mereka. Saya garapkan harapan saya dalam konteks perjuangan dakwah di Malaysia dan bagaimana mereka boleh berperanan lebih dari apa yang ada pada hari ini.

Pertama : Menjadi ulama yang memimpin masyarakat. Untuk menjadi ulama yang berwibawa dan dihormati, mereka perlu menguasai ilmu-ilmu teras @ pokok (al-fiqh al-usuli ), kemudian menguasai fiqh al-muasir (fiqh semasa) dan fiqh masa depan (fiqh mustaqbali).

Kedua : Merancang agenda menjadi ulama berwibawa. Saya nasihatkan agar mereka menyusun agenda untuk melahirkan diri mereka menjadi pakar rujuk umat. Mereka perlu ada metodologi tertentu dan berfikir secara manhaji. (al-fikri al-manhaji). Kegagalan dalam menetapkan agenda akan membantutkan usaha melahirkan ilmuwan Islam ternama yang menjadi tempat rujukan umat. Saya cadangkan mereka mengkaji biografi Syeikh Yusuf al-Qardawi sebagai sample membina tokoh ulama berwibawa.

Ketiga : Berusaha memperolehi PHD [ Pakar Harakah dan Dakwah ]. Ini kerana bumi Mesir merupakan bumi dakwah. IM merupakan Harakah Islamiah Kubra [gerakan Islam terbesar] yang menjadi rujukan semua gerakan islam dunia. Saya nasihat mereka menimba sebanyak mungkin fiqh dakwah , fiqh harakah dan fiqh tarbiyah dari para duat sana.

Keempat : Melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu softskills seperti public speaking, komunikasi, kemahiran perundingan dan networking, penulisan dan ilmu-ilmu kepemimpinan. Saya tekankan bahawa para ilmuan terdahulu , mereka meninggal dunia tetapi dibelakang mereka lautan khazanah ilmu dan timbunan kitab yang berharga. Untuk menjadi ulama yang berwibawa, mereka perlu belajar menulis buku dan meninggalkan kesan pada umat. Al-Bana walaupun tidak sempat mengarang buku, namun koleksi ungkapannya dibukukan atas nama ‘Majmu’ah Rasail’. Setiap kita kena berusaha menulis buku.

Kelima : Berusaha menguasai pelbagai disiplin ilmu yang tidak terhad kepada disiplin ilmu syarak walau ke tahap Phd. Untuk menjadi pakar rujuk umat, mereka perlu membaca pelbagai cabang ilmu yang berbagai-bagai yang akan membantu dalam proses fatwa atau ijtihad. Mereka perlu membaca dan mengkaji ilmu sosiologi, antropologi, sains politik, sejarah, undang-undang, falsafah dan lain-lain lagi.

Keenam : Menguasai bahasa terutama Bahasa Arab kerana ia merupakan kunci memahami disiplin ulum syarak. Termasuk juga mampu memahami atau bertutur dalam Bahasa Inggeris. Ini kerana ia merupakan keperluan untuk berdailog dengan pelbagai sasaran dakwah yang bersifat majmuk. Dalam konteks Malaysia, mungkin setiap ulama perlu memiliki 3 kemahiran bahasa iaitu Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Bahasa Kaum [ Mandarin @ kantonis @ Tamil] dan sebagainya.


UST AZIZEE HASAN

Saturday, March 23, 2013

Ciri2 orang munafiq

Jom sama-sama kita tadabbur ayat2 alquran berkenaan orang munafiq...
Adakah ciri2 itu ada pada kita???

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الْأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَن تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَىٰ مَا أَنزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنكَ صُدُودًا

فَمَا لَكُمْ فِي الْمُنَافِقِينَ فِئَتَيْنِ وَاللَّهُ أَرْكَسَهُم بِمَا كَسَبُوا أَتُرِيدُونَ أَن تَهْدُوا مَنْ أَضَلَّ اللَّهُ وَمَن يُضْلِلِ اللَّهُ فَلَن تَجِدَ لَهُ سَبِيلًا

بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّىٰ يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللَّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوا إِلَى الصَّلَاةِ قَامُوا كُسَالَىٰ يُرَاءُونَ النَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ اللَّهَ إِلَّا قَلِيلًا

الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُم مِّن بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمُنكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُمْ نَسُوا اللَّهَ فَنَسِيَهُمْ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

وَعَدَ اللَّهُ الْمُنَافِقِينَ وَالْمُنَافِقَاتِ وَالْكُفَّارَ نَارَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا هِيَ حَسْبُهُمْ وَلَعَنَهُمُ اللَّهُ وَلَهُمْ عَذَابٌ مُّقِيمٌ

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ فَإِذَا أُوذِيَ فِي اللَّهِ جَعَلَ فِتْنَةَ النَّاسِ كَعَذَابِ اللَّهِ وَلَئِن جَاءَ نَصْرٌ مِّن رَّبِّكَ لَيَقُولُنَّ إِنَّا كُنَّا مَعَكُمْ أَوَلَيْسَ اللَّهُ بِأَعْلَمَ بِمَا فِي صُدُورِ الْعَالَمِينَ#وَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْمُنَافِقِينَ

مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا#
لِّيَجْزِيَ اللَّهُ الصَّادِقِينَ بِصِدْقِهِمْ وَيُعَذِّبَ الْمُنَافِقِينَ إِن شَاءَ أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَّحِيمًا

وَيُعَذِّبَ الْمُنَافِقِينَ وَالْمُنَافِقَاتِ وَالْمُشْرِكِينَ وَالْمُشْرِكَاتِ الظَّانِّينَ بِاللَّهِ ظَنَّ السَّوْءِ عَلَيْهِمْ دَائِرَةُ السَّوْءِ وَغَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ وَلَعَنَهُمْ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَهَنَّمَ وَسَاءَتْ مَصِيرًا

يَوْمَ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ لِلَّذِينَ آمَنُوا انظُرُونَا نَقْتَبِسْ مِن نُّورِكُمْ قِيلَ ارْجِعُوا وَرَاءَكُمْ فَالْتَمِسُوا نُورًا فَضُرِبَ بَيْنَهُم بِسُورٍ لَّهُ بَابٌ بَاطِنُهُ فِيهِ الرَّحْمَةُ وَظَاهِرُهُ مِن قِبَلِهِ الْعَذَابُ

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ إِذَا جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ قَالُوا نَشْهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ اللَّهِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّكَ لَرَسُولُهُ وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَكَاذِبُونَ

يَقُولُونَ لَئِن رَّجَعْنَا إِلَى الْمَدِينَةِ لَيُخْرِجَنَّ الْأَعَزُّ مِنْهَا الْأَذَلَّ وَلِلَّهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَلَٰكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَا يَعْلَمُونَ

Thursday, March 21, 2013

Pergaduhan antara warga tempatan di Abasiyah

ABBASIYAH, 21 Mac: suasana di jalan.. Menjadi tegang apabila berlaku pergaduhan antara penduduk tempatan kira-kira jam 4 petang tadi. Beberapa das peluru dilepaskan dan 'molotov' mengakibatkan sebuah kedai terbakar dan beberapa orang yg terlibat dengan pergaduhan tersebut cedera parah namun menurut penduduk tempatan, tiada yang dilaporkan meninggal.

Semua mahasiswa dinasihatkan agar tidak menghampiri kawasan berkenaan dan tidak keluar dari rumah masing-masing demi keselamatan.



Wednesday, February 27, 2013

1. Isu sejarah ISMA IKRAM, isunya bukan pada teknikal organisasi, tapi pada asas pemikiran yang membawa kepada perbezaan tasawwur dan gerakerja masing-masing.

2. Tak perlu menganggap perpisahan ini sebagai bentuk perpecahan, bahkan ia satu bentuk kematangan dalam menguruskan perbezaan. Orang yang berkahwin pun boleh bercerai namun mereka tetap menghormati sesama mereka. 

Berkahwin hukum asalnya tak sampai wajib, bercerai pun hukum asalnya tidak sampai haram. 

Yang haram apabila kita menzalimi pihak lain dalam bentuk celaan, pancung, potong, mengumpat, menfitnah, menuduh dan mencaci pihak lain, walaupun dalam keadaan kita sebumbung atau sudah puluhan tahun berkahwin.

3. Menyatukan umat Islam di bawah SATU JEMAAH tidak diwajibkan buat masa ini kerana dharurat masakini memerlukan umat ini dibina dari awal, namun isu-isu akhlak diwajibkan setiap masa kerana akhlak adalah terjemahan iman dan akidah.

Adapun isu-isu kesatuan di BAWAH SATU PAYUNG adalah isu masa, kefahaman, kematangan, dan kesediaan. Umat perlu disedarkan dan difahamkan bahawa Islam menyuruh kesatuan pada prinsip dan dasar DAHULU kemudian baru mampu menyatukan gerakerja secara kolektif.

4. Saya melihat, apabila umat ini dibangunkan atas prinsip Islam yang sejati, akhlak yang murni, penggabungan atau penyatuan umat Islam akan berlaku dengan sendirinya tanpa perlu pendakwaan atau pemancungan siapa-siapa untuk menjadi ketua.

Ia akan datang dengan qudwah secara berjemaah untuk memimpin amal Islami di Malaysia. Bukan dengan memotong atau menuduh pihak-pihak lain semata-mata untuk menaikkan diri sendiri kerana rasa terancam.

5. Pendek kata, setiap ahli dalam setiap organisasi Islam perlu tingkatkan diri, bina organisasi dengan baik dan kukuh, tampilkan imej yang berprinsip dan dihormati serta bersainglah dengan panduan syarak dalam menjadi pimpinan pilihan masyarakat yang sedar dan mempunyai risalah untuk diperjuangkan.

6. Adapun isu-isu memburuk-burukkan peribadi dan membunuh karakter tertentu, ia hanyalah permainan budak-budak yang menggunakan sifir jahiliyyah untuk tegakkan kalimah Allah.

7. Ketahuilah, kalau salah jalan takkan sampai destinasi.


 Sekarang ini umat tak mampu bersatu, buat apa bicara mengenai taadud jemaah dan wihdah jemaah kerana 

peribadi umat tidak mampu memikirkan perkara ini. 



Isu sebenar adalah pembinaan umat ini perlu dipandang secara serius, mizan yang betul perlu ditanam. Bukan 

sibuk-sibuk satukan jemaah walaupun kefahaman ahli caca merba, dan kefahaman umat ini sangat jauh daripada 

apa yg dicanangkan. 



Selagi jemaah Islam itu melihat mereka berperanan dalam membangunkan umat dengan kacamata Islam dan 

peribadi Islam yang unggul, maka saya menyokong kewujudan jemaah itu, walau berapa ratus ribu pun 

diwujudkan. 

Akhirnya yang menyatukan kita adalah akidah, akhlak dan qudwah. Kita ada prinsip asas yang Islam ajar untuk 


bersatu. Maka bersatulah atas dasar itu. Mengenai siapa yang memimpin kesatuan jemaah, itu nilailah dengan 

kacamata amal Islami dengan tenang tanpa sebarang emosi dan hawa nafsu. 


Wallahu A'lam

Ust Syamil Esa

Tuesday, February 26, 2013

Respon terhadap jemputan PSY ( penyanyi Gangnam Style ) ke Malaysia.

Respon terhadap jemputan PSY ( penyanyi Gangnam Style ) ke Malaysia.

Kepada sesiapa sahaja yang menjemput geng ini, tindakan ini adalah sama sekali tidak wajar dan jauh menyimpang daripada ajaran Islam.

Ini kerana : 

1. Gangnam style adalah satu kumpulan lagu yang telah banyak merosakkan dan melalaikan generasi muda di Malaysia. tindakan ini merupakan tindakan yang dilihat sangat-sangat tidak matang dan berfikiran kebudak budakan. Bahkan, budak kecil pon tahu beza nak ambil mana yang baik dan cantik daripada yang buruk. saya tidak tahu kenapa fitrah baik buruk ini telah makin hilang di sisi pepimpin masyarakat.

2. Pemuda ialah harapan negara dan bangsa masa hadapan. Jikalau laungan lagu negaraku itu jujur tersemat dalam hati, buktikanlah dengan mendidik pemuda hari ini. Didiklah pemuda dengan baik kerana anda sayangkan negara kalau anda tidak sayang kepada agama sekalipon.

3. Janganlah kita jadi seperti Amerika Syarikat yang mendidik masyarakatnya dengan hiburan yang tiada had sehingga tidak mengambil kisah tentang politik dan apa yang berlaku di dunia luar. Inilah yang dilakukan oleh Amerika Syarikat kepada masyarakatnya sehingga sekarang ini empayar mereka hampir kepada kejatuhan. jangan keterdesakan kita nak menang pilihanraya sampai merosakkan pemuda sendiri. Dan jangan disebabkan keterdesakan kita berfikiran seperti budak kecil yang tidak tahu membezakan sesuatu perkara sama ada permainan atau bukan. lalu, kita bermain dengan api yang membakar diri sendiri.

4. Tindakan seperti ini adalah dikira sebagai pembaziran dalam Islam. Dan pembaziran dalam Islam hukumnya adalah haram. Bertambahan lagi, apabila ada walaupon seorang miskin dalam negara, maka perngharaman dan dosa yang dilakukan makin besar dan bertambah. Apatah lagi dengan beribu-ribu orang miskin dan ramai lagi mereka yang memerlukan dalam Malaysia.

5. Falsafah matlamat menghalalkan cara yang sentiasa digunakan dalam politik hari ini adalah sesuatu yang bercanggah dengan Islam sama sekali. Perbuatan seperti ini adalah suatu tindakan yang dilihat ada kepentingan politik, lalu menghalakan cara yang salah di sisi Islam dan salah dari segi pemikiran orang normal seperti pembaziran dan menjemput orang yang rosak untuk merosakkan lagi pemuda yang sedia rosak.

Saya sarankan untuk sesiapa sahaja yang membuat jemputan ini membatalkan niat ini dengan segera. Juga, kepada semua pemuda ayuh kita menolak jemputan ini dengan apa jua cara dan juga tidak menghadiri program ini sama sekali.

Wallahua'lam..


Ustaz Ikram Abu Hassan