Respon terhadap jemputan PSY ( penyanyi Gangnam Style ) ke Malaysia.
Kepada sesiapa sahaja yang menjemput geng ini, tindakan ini adalah sama sekali tidak wajar dan jauh menyimpang daripada ajaran Islam.
Ini kerana :
1. Gangnam style adalah satu kumpulan lagu yang telah banyak merosakkan dan melalaikan generasi muda di Malaysia. tindakan ini merupakan tindakan yang dilihat sangat-sangat tidak matang dan berfikiran kebudak budakan. Bahkan, budak kecil pon tahu beza nak ambil mana yang baik dan cantik daripada yang buruk. saya tidak tahu kenapa fitrah baik buruk ini telah makin hilang di sisi pepimpin masyarakat.
2. Pemuda ialah harapan negara dan bangsa masa hadapan. Jikalau laungan lagu negaraku itu jujur tersemat dalam hati, buktikanlah dengan mendidik pemuda hari ini. Didiklah pemuda dengan baik kerana anda sayangkan negara kalau anda tidak sayang kepada agama sekalipon.
3. Janganlah kita jadi seperti Amerika Syarikat yang mendidik masyarakatnya dengan hiburan yang tiada had sehingga tidak mengambil kisah tentang politik dan apa yang berlaku di dunia luar. Inilah yang dilakukan oleh Amerika Syarikat kepada masyarakatnya sehingga sekarang ini empayar mereka hampir kepada kejatuhan. jangan keterdesakan kita nak menang pilihanraya sampai merosakkan pemuda sendiri. Dan jangan disebabkan keterdesakan kita berfikiran seperti budak kecil yang tidak tahu membezakan sesuatu perkara sama ada permainan atau bukan. lalu, kita bermain dengan api yang membakar diri sendiri.
4. Tindakan seperti ini adalah dikira sebagai pembaziran dalam Islam. Dan pembaziran dalam Islam hukumnya adalah haram. Bertambahan lagi, apabila ada walaupon seorang miskin dalam negara, maka perngharaman dan dosa yang dilakukan makin besar dan bertambah. Apatah lagi dengan beribu-ribu orang miskin dan ramai lagi mereka yang memerlukan dalam Malaysia.
5. Falsafah matlamat menghalalkan cara yang sentiasa digunakan dalam politik hari ini adalah sesuatu yang bercanggah dengan Islam sama sekali. Perbuatan seperti ini adalah suatu tindakan yang dilihat ada kepentingan politik, lalu menghalakan cara yang salah di sisi Islam dan salah dari segi pemikiran orang normal seperti pembaziran dan menjemput orang yang rosak untuk merosakkan lagi pemuda yang sedia rosak.
Saya sarankan untuk sesiapa sahaja yang membuat jemputan ini membatalkan niat ini dengan segera. Juga, kepada semua pemuda ayuh kita menolak jemputan ini dengan apa jua cara dan juga tidak menghadiri program ini sama sekali.
Wallahua'lam..
Ustaz Ikram Abu Hassan
No comments:
Post a Comment