1. Isu sejarah ISMA IKRAM, isunya bukan pada teknikal organisasi, tapi pada asas pemikiran yang membawa kepada perbezaan tasawwur dan gerakerja masing-masing.
2. Tak perlu menganggap perpisahan ini sebagai bentuk perpecahan, bahkan ia satu bentuk kematangan dalam menguruskan perbezaan. Orang yang berkahwin pun boleh bercerai namun mereka tetap menghormati sesama mereka.
Berkahwin hukum asalnya tak sampai wajib, bercerai pun hukum asalnya tidak sampai haram.
Yang haram apabila kita menzalimi pihak lain dalam bentuk celaan, pancung, potong, mengumpat, menfitnah, menuduh dan mencaci pihak lain, walaupun dalam keadaan kita sebumbung atau sudah puluhan tahun berkahwin.
3. Menyatukan umat Islam di bawah SATU JEMAAH tidak diwajibkan buat masa ini kerana dharurat masakini memerlukan umat ini dibina dari awal, namun isu-isu akhlak diwajibkan setiap masa kerana akhlak adalah terjemahan iman dan akidah.
Adapun isu-isu kesatuan di BAWAH SATU PAYUNG adalah isu masa, kefahaman, kematangan, dan kesediaan. Umat perlu disedarkan dan difahamkan bahawa Islam menyuruh kesatuan pada prinsip dan dasar DAHULU kemudian baru mampu menyatukan gerakerja secara kolektif.
4. Saya melihat, apabila umat ini dibangunkan atas prinsip Islam yang sejati, akhlak yang murni, penggabungan atau penyatuan umat Islam akan berlaku dengan sendirinya tanpa perlu pendakwaan atau pemancungan siapa-siapa untuk menjadi ketua.
Ia akan datang dengan qudwah secara berjemaah untuk memimpin amal Islami di Malaysia. Bukan dengan memotong atau menuduh pihak-pihak lain semata-mata untuk menaikkan diri sendiri kerana rasa terancam.
5. Pendek kata, setiap ahli dalam setiap organisasi Islam perlu tingkatkan diri, bina organisasi dengan baik dan kukuh, tampilkan imej yang berprinsip dan dihormati serta bersainglah dengan panduan syarak dalam menjadi pimpinan pilihan masyarakat yang sedar dan mempunyai risalah untuk diperjuangkan.
6. Adapun isu-isu memburuk-burukkan peribadi dan membunuh karakter tertentu, ia hanyalah permainan budak-budak yang menggunakan sifir jahiliyyah untuk tegakkan kalimah Allah.
7. Ketahuilah, kalau salah jalan takkan sampai destinasi.
Sekarang ini umat tak mampu bersatu, buat apa bicara mengenai taadud jemaah dan wihdah jemaah kerana
peribadi umat tidak mampu memikirkan perkara ini.
Isu sebenar adalah pembinaan umat ini perlu dipandang secara serius, mizan yang betul perlu ditanam. Bukan
sibuk-sibuk satukan jemaah walaupun kefahaman ahli caca merba, dan kefahaman umat ini sangat jauh daripada
apa yg dicanangkan.
Selagi jemaah Islam itu melihat mereka berperanan dalam membangunkan umat dengan kacamata Islam dan
peribadi Islam yang unggul, maka saya menyokong kewujudan jemaah itu, walau berapa ratus ribu pun
diwujudkan.
Akhirnya yang menyatukan kita adalah akidah, akhlak dan qudwah. Kita ada prinsip asas yang Islam ajar untuk
bersatu. Maka bersatulah atas dasar itu. Mengenai siapa yang memimpin kesatuan jemaah, itu nilailah dengan
kacamata amal Islami dengan tenang tanpa sebarang emosi dan hawa nafsu.
Wallahu A'lam
Ust Syamil Esa
No comments:
Post a Comment